My Add

Wednesday 26 December 2012

Zakat fitrah tidak boleh diberikan kepada imam UMNO?

PASIR PUTEH, SELASA, 25 Disember, 2012: Perasaan taksub terhadap Amanat Haji Hadi menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli Pas suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.

Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan Pas, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja.

Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong Pas turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment