My Add

Wednesday, 26 December 2012

Amanat: Hadi jangan terus membisu

KOTA BHARU, SELASA, 25 Disember, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tidak terus membisu terhadap isu tuntutan masyarakat supaya beliau menarik kembali amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.

Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, menurut prinsip Islam, Abdul Hadi perlu memperbetulkan semula kesalahannya supaya masyarakat tidak terus keliru.

Beliau berkata, Pas sendiri telah melanggar amanat yang dibuatnya kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP atas dasar tahaluf.

"Kita minta supaya Abdul Hadi respons kepada tuntutan masyarakat supaya dia membetulkan balik apa yang salah. Itu prinsip Islam, kalau kita buat sesuatu yang salah maka kita perlu betulkan balik.

"Kalau dia kata dahulu tidak boleh kerjasama dengan kafir, kemudian dia buat kerjasama dengan DAP, dia kata dalam parti dia boleh atas dasar tahaluf, jadi sekarang dia kena betulkan masyarakat semua, jangan betulkan dalam parti dia sahaja, itu yang kita minta," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment