![]() |
Huan Cheng Guan |
Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, keadaan itu mencerminkan pendirian jelas parti cauvinis Cina itu bahawa perjuangan hakiki mereka kini bersifat perkauman dan mempromosikan prasangka terhadap integrasi kaum.
"Sememangnya DAP bersikap cauvinis, kalau kita lihat, lebih 50 peratus ahli Parlimen mereka adalah Cina Kristian yang fanatik. Mereka akan berbuat apa-apa sekalipun demi mendapatkan kuasa dan sokongan.
"Saya rasa masalah yang berbangkit kini terutama berkaitan perhubungan perpaduan, semua bertitik-tolak daripada tingkah laku kepimpinan pembangkang terutama DAP. Perkara ini berbeza kalau kita tengok zaman dahulu memang tiada masalah begini," katanya di sini hari ini.
Dalam masa sama, beliau meminta kerajaan terus memantau perilaku semua guru dan pentadbir SRJK Cina yang dilihat mempunyai kecenderungan menghasut muridnya seperti yang berlaku sebelum pilihan raya umum lalu.
"Kalau tindakan tegas tidak diambil, nescaya guru SRJK Cina akan terus menghasut murid, perkara ini memudaratkan integriti kaum, justeru jangan berkompromi dengan mereka," katanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, dalam kes di Sungkai, guru itu memohon maaf dan tidak perlu isu berkenaan diperbesarkan.
"Kita harap perkara ini selesai. Murid di sekolah itu perlu terus belajar dan memandangkan kini bulan Januari iaitu permulaan persekolahan, mereka tidak perlu diheret dalam sebarang polemik yang akhirnya merugikan masa depan mereka sendiri," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment