My Add

Sunday, 26 January 2014

Kerajaan bergerak seiring Gen Y

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY dan MOHD. FAIZAL HASHIM

NUSAJAYA, AHAD, 26 Januari, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia untuk mempersiapkan Generasi Y (Gen Y) dalam menghadapi masa hadapan yang cukup hebat.

Beliau berkata, usaha tersebut dilakukan dengan perhatian bersungguh-sungguh melalui pendidikan dan maklumat supaya Gen Y mampu membuat keputusan tepat dalam kehidupan.

"Kita sedar bahawa tidak mungkin kita boleh menentukan masa depan dunia, tetapi kita boleh menyediakan Generasi Y untuk menghadapi pelbagai cabaran hari muka.

"Era kerajaan mengetahui segalanya, era kebijaksanaan dimonopoli sudah berakhir dan pendekatan dari atas ke bawah tidak lagi sesuai dan digemari Gen Y. Kita kena beri maklumat, pendidikan supaya mereka dapat buat keputusan tepat untuk diri mereka," katanya ketika berucap merasmikan Festival Gen Y di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment