My Add

Sunday, 26 January 2014

Syarikat konsesi untung, tak perlu naik tol - Tee Yong

LABIS, AHAD, 26 Januari, 2014: Kerajaan perlu membuat kajian terperinci sebelum membenarkan kenaikan tol kerana kebanyakan syarikat konsesi lebuh raya di negara ini tidak mengalami kerugian.

Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, berdasarkan laporan tahunan Lembaga Lebuhraya Malaysia, sepanjang tempoh enam tahun bermula 2007 hingga 2012 menunjukkan hanya empat daripada 28 lebuh raya di seluruh negara mengalami penurunan kadar kenderaan.

“Terdapat peningkatan ketara kenderaan yang melalui lebuh raya lain sepanjang tempoh tersebut seperti Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dengan 275 juta kenderaan pada 2007, meningkat kepada 480 juta pada 2012.

“Hanya Cheras-Kajang Expressway, Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway, Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Kajang-Seremban Highway yang mengalami kekurangan kenderaan sepanjang tempoh tersebut," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pesta Ponggal anjuran Majlis Belia India Labis di sini semalam. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment