My Add

Saturday, 22 February 2014

MCA diharap kembali dalam Kabinet - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 21 Februari, 2014- Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap mesyuarat agung MCA yang akan berlangsung Ahad ini dapat membuat keputusan membenarkan kembali pemimpin-pemimpinnya menjawat jawatan dalam Kabinet.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu penting untuk MCA terus memberi khidmat kepada rakyat negara ini, terutama kaum Cina.

"Saya setuju dalam setiap peringkat kerajaan supaya ada wakil masyarakat kaum Tionghua justeru MCA perlu kembali dalam kerajaan.

“Saya , JUMAAT,tidak berniat mencampuri urusan dalaman MCA tetapi saya menyokong MCA kembali dan berharap mesyuarat agung MCA yang akan datang lebih berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-22 Dan Sumbangan Untuk Tabung Bangunan Huazong di sini malam ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong), Tan Sri Pheng Yin Huah.

Muhyiddin berkata demikian sebagai menyokong saranan daripada Yin Huah yang menyatakan harapan kaum Cina di Malaysia supaya mereka mempunyai lebih ramai wakil dalam kerajaan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment