![]() |
| HANNAH YEOH |
Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh berkata, selain Azmin, turut dipanggil bagi memberikan keterangan kepada jawatankuasa itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang antara lain membabitkan kemelut pengguguran Timbalan Presiden PKR itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.
Malah, katanya, Azmin dan Abdul Khalid juga akan diminta mengemukakan pendirian masing-masing berhubung pemecatan 22 orang kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) pada 3 Februari lalu yang didakwa dibuat tanpa sebarang alasan yang munasabah.
"Azmin dan Menteri Besar (Abdul Khalid) akan dipanggil sebagai saksi. Kedua-dua mereka akan berikan keterangan mengenai isu melibatkan PKNS.
"Ini kerana dalam isu membabitkan anak syarikat kerajaan negeri ini (pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan pemecatan 22 kakitangan kontrak) mempunyai banyak versi yang berbeza.
"Kita akan lihat dan teliti penjelasan Azmin dan Menteri Besar dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi pendengaran awam Selcat berhubung perbelanjaan Bajet Selangor 2013 mengenai pengurusan tebatan banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment