![]() |
* ANGGOTA keluarga penumpang pesawat MH370 dari China ditenteramkan oleh sukarelawan MAS di sebuah hotel di Beijing, semalam. - AFP |
Pakar Psikologi Kaunseling (Terapi Tingkah Laku Kognitif) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Huzili Hussin berkata, tempoh tersebut adalah proses pemulihan yang diperlukan untuk meredakan ketegangan psikologi oleh ahli keluarga yang baru kehilangan insan tersayang.
Menurutnya, dalam konteks kehilangan orang tersayang yang dialami ahli keluarga anak kapal dan penumpang MH370, mereka berhadapan situasi sukar yang dikenali sebagai grief atau dalam erti kata lain situasi kehilangan orang tersayang dalam kehidupan.
Tambahnya, mereka akan menghasilkan reaksi-reaksi tertentu yang menggambarkan kehilangan iaitu perasaan, fizikal, pemikiran dan tingkah laku yang mengambil tempoh masa lama untuk pulih.
"Selalunya, mereka yang berhadapan dengan situasi tersebut akan kembali tenang dan dapat menerima hakikat kehilangan dalam tempoh 15 hari yang pertama.
"Namun, dalam konteks MH370, situasi dihadapi ahli keluarga lebih teruk daripada biasa kerana kehilangan itu tidak nyata, yakni tiada mayat atau petunjuk jelas dan ini akan membesarkan lagi gelombang kekeliruan dalam diri mereka. Sehubungan itu, 100 hari adalah tempoh terbaik untuk mencapai tahap ketenangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Huzili, bantuan kaunselor yang dihulurkan kerajaan kepada keluarga mangsa sememangnya dapat membantu meredakan tekanan dihadapi.
"Bantuan tersebut penting kerana dalam proses kaunseling, tumpuan dan fokus diperlukan untuk menghurai ketidakpastian yang wujud dalam masa yang sama, kaunselor harus menggunakan bahasa betul untuk membantu menenangkan ahli keluarga," ujarnya.
Sementara itu, Huzili turut mengulas masalah keluarga dari China yang melakukan tindak balas negatif terhadap insiden kehilangan pesawat tersebut.
"Mereka telah mengetepikan nilai spiritual yang merupakan aspek terpenting. Walaupun manifestasi agama antara kita adalah berbeza, namun sewajarnya mereka melakukan perkara yang boleh membantu mengurangkan tekanan," ujarnya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment