My Add

Thursday, 3 April 2014

12 ditahan disyaki curi kabel

KUALA LUMPUR, RABU, 02 April, 2014: Sebanyak 11 lelaki warga asing serta seorang warga tempatan yang disyaki aktif dalam kegiatan mencuri dan membeli kabel elektrik di sekitar Lembah Klang, ditahan dalam dua serbuan berasingan, Khamis lalu dan semalam.

Kesemua suspek berusia 23 hingga 53 tahun itu ditahan di Sri Alam dan Jalan Sungai Besi dalam operasi khas membabitkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pacuan empat roda Honda CRV dan sebuah van Toyota Hiace di Plaza Tol Sri Alam, Selangor.

“Sebanyak tujuh lelaki di dalam dua kenderaan itu cuba melarikan diri namun ditahan selepas berlaku pergelutan.

“Beberapa gulung kabel elektrik pelbagai saiz dan dua bilah pemotong besi yang disyaki peralatan digunakan untuk mencuri barangan itu turut dirampas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kong Meng seterusnya berkata, susulan itu, polis menyerbu sebuah kedai barangan lusuh di Jalan Sungai Besi, pada pukul 3 petang semalam, dan menahan empat lagi lelaki dipercayai pembeli barangan curi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat daripada warga asing yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kumpulan itu dipercayai aktif mencuri kabel sejak beberapa bulan lalu," ujarnya.

Kata beliau lagi, kesemua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/387 Kanun Keseksaan bersabit kes samun berkawan tanpa senjata.

“Dengan tertangkapnya kumpulan itu, pihak polis percaya telah menyelesaikan dua kes curi kabel yang dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur sebelum ini," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment