My Add

Sunday, 27 April 2014

3 kapal asing ditahan pindah minyak

JOHOR BAHRU, SABTU, 26 April, 2014: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tigabuah kapal asing kerana disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Tanjung Piai, Pontian, semalam.

Kapal MV Tanto Bersatu dan Dijaya 8 yang didaftarkan di Indonesia serta MT Sentek 21 di Singapura itu, ditahan Maritim Malaysia Daerah Johor Bahru, pukul 12.30 tengah hari, di kedudukan 3.42 kilometer Barat Daya Tanjung Piai.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Johor Bahru, Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, ketika ditahan, ketiga-tiga kapal itu yang membawa 36 anak kapal warga asing itu dalam keadaan berhimpit-himpit antara satu sama lain.

"Pemeriksaan mendapati kapal Dijaya 8 sedang memindahkan 11,000 liter Lub Oil manakala kapal MT Sentek 21 pula 380,000 liter Marin Fuel Oil (MFO) ke kapal MV Tanto Bersatu.

"Siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga kapal berkenaan gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran untuk melakukan pemindahan minyak dari kapal ke kapal selain gagal melaporkan ketibaan mereka di perairan negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment