Bantahan TPPA berlaku di AS juga - Obama
Oleh KAMIL MASLIH dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
PUTRAJAYA, AHAD, 27 April, 2014: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengakui bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di negaranya sendiri.
Menurut Obama, bantahan terhadap perjanjian perdagangan bebas itu berlaku kerana masyarakat kurang faham mengenai manfaat TPPA kepada ekonomi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak pernah dipaksa untuk menyertai TPPA, sebaliknya penyertaan kepada 13 rundingan perjanjian itu dibuat di atas prinsip Malaysia mengamalkan perdagangan bebas.
Katanya, biarpun perjanjian itu belum diputuskan, kerajaan Malaysia komited untuk menyelesaikan beberapa isu yang timbul.
"Saya tahu semua pihak berharap perjanjian itu dapat memanfaatkan rakyat dan komuniti perniagaannya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Obama kerana memahami sensitiviti Malaysia terhadap rundingan TPPA," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment