My Add

Tuesday, 1 April 2014

Brahim, OCBC AL-Amin tandatangan perjanjian pembiayaan semula

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 April, 2014: Brahim Holdings Bhd. menandatangani perjanjian dengan OCBC Al-Amin Bank Bhd untuk membiayai semula perjanjian pembiayaan jangka belum lunas yang ia ada dengan Standard Chartered Bank Malaysia Bhd (Stanchart).

Brahim dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, kemudahan pembiayaan semula Pembiayaan Berjangka-i RM155 juta itu adalah berasaskan kepada prinsip Syariah Ijarah Muntahiah bi Al-Tamlik (Kemudahan Berjangka-i)

Kemudahan Berjangka-i ini distruktur menjadi pembiayaan RM152 juta untuk membiayai semula pembiayaan kemudahan belum lunas dengan Stanchart dan RM3 juta untuk membiayai modal kerja syarikat.

"Kemudahan pembiayaan ini akan membawa kepada anggaran penjimatan kos faedah kira-kira RM5 juta bagi tempoh tiga tahun kewangan akan datang," katanya.

Brahim berkata, Kemudahan Berjangka-i itu tidak dijangka memberi sebarang kesan kepada modal saham terbitan dan berbayar bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2014.

"Kemudahan Berjangka-i ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesaham syarikat disebabkan jangkaan penjimatan kos faedah," kata syarikat itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment