My Add

Sunday, 27 April 2014

Kenderaan Thailand akan dikompaun jika bawa pelancong lebih 2km dari sempadan

BUKIT KAYU HITAM, AHAD, 27 April, 2014: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun terhadap kenderaan persendirian Thailand yang membawa pelancong asing masuk ke negara ini melebihi dua kilometer (km) dari pintu sempadan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, menerusi satu operasi khas sejak Khamis lalu pihaknya menahan dan memeriksa kenderaan dari Thailand yang membawa pelancong asing melebihi jarak dua kilometer dari pintu sempadan di sini dan di Padang Besar, Perlis.

Menurut Ismail, pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan akan dikenakan kompaun mengikut Seksyen 21(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 90 (1) akta sama.

"Selepas kenakan kompaun kita arahkan pemandu kenderaan pelancong itu berpatah balik.

"Jika kenderaan yang ada permit ICP (Permit Peredaran Antarabangsa), kita akan benarkan mereka masuk untuk ke destinasi yang ditujui," katanya kepada pemberita di Stesen Kawalan Sempadan JPJ di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Ismail kompaun sebanyak RM300 dikenakan terhadap pemandu kenderaan yang tidak mempunyai permit itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment