Kesan aktiviti kuari pasir di Kedah serius
PULAU PINANG, SELASA, 01 April, 2014: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang serius kegiatan mengorek pasir di Kedah yang menimbulkan masalah ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk di negeri itu.
Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, isu itu berlarutan sejak lebih lima tahun lalu dan sehingga sekarang gagal diambil tindakan berkesan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan.
Menurutnya, tinjauan CAP mendapati selain keadaan alam sekitar yang terancam akibat kegiatan tersebut, hampir 5,000 penduduk di lapan daerah di negeri ini di mana kuari pasir beroperasi turut terjejas kehidupan mereka.
Katanya, daerah-daerah yang terlibat dengan masalah itu ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Pulau Langkawi, Sik, Baling, Kulim, Kuala Muda dan Yan.-UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment