Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, ISNIN, 31 Mac , 2014:Malaysia menyatakan sokongan kepada Timor Leste untuk menjadi anggota ke-11 dalam ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penerimaan Timor Leste sebagai anggota terbaharu dalam pertubuhan serantau itu bagaimanapun bergantung kepada keputusan bersama negara-negara anggota yang lain.
"Malaysia pada masa yang sama menghargai Timor Leste kerana menyokong kita sebagai ahli tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Timor Leste, Xanana Gusmao di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Walaupun Gusmao pernah melawat Malaysia secara peribadi sebanyak tiga kali sebelum ini, namun kunjungan kali ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau sebagai Perdana Menteri Timor Leste.
Timor Leste yang mencapai kemerdekaan penuh dari Portugal dan Indonesia pada 2002 telah menyerahkan permohonan untuk menjadi anggota ASEAN pada 2011 dengan sokongan daripada Indonesia.
Negara tertentu seperti Singapura bagaimanapun tidak merestui penyertaan Timor Leste dalam ASEAN manakala beberapa pihak berpendapat Dili belum memenuhi syarat menyertai pertubuhan serantau tersebut termasuk tidak mempunyai pejabat perwakilan di kesemua 10 negara anggota.
Dalam pada itu, Najib menggambarkan pertemuan dengan Gusmao pada hari ini sebagai berhasil di mana beliau turut menyuarakan minat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Petronas untuk meneroka peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan Timor Leste.
"Dalam sektor tenaga, Timor Leste akan menjemput pembida baharu pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Petronas akan melihat potensi dalam aspek cari gali dan pembangunan sektor gas dan minyak di situ.
"Kita juga berbincang tentang usaha membangun semula Lapangan Terbang Antarabangsa Presidente Nicolau Lobato di Dili di mana MAHB akan melihat kemungkinan untuk terlibat dalam projek ini," katanya.
Perdana Menteri berkata, walaupun nilai perdagangan Kuala Lumpur dengan Dili adalah kecil iaitu AS$21.2 juta (RM69.14 juta) pada 2013 tetapi ia telah mencatatkan lonjakan berganda berbanding AS$10 juta (RM32.68 juta) pada tahun sebelumnya.
"Kadar pertumbuhan ini menunjukkan terdapat potensi besar untuk tingkatkan tahap perdagangan antara dua negara," katanya.
Najib berkata, Malaysia merupakan rakan Timor Leste walaupun sebelum ia mencapai kemerdekaan dan banyak askar dan polis Malaysia terlibat dalam proses damai di negara itu di bawah panji PBB.
"Malaysia menyumbang kepada kestabilan dan keamanan di negara ini. Pada masa depan pula, kita mahu menjadi rakan untuk menjana pembangunan dan kekayaan di Timor Leste," katanya
Tambahnya, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai kursus di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan Program Kerjasama Pertahanan Malaysia yang boleh dimanfaatkan Dili.- UTUSAN
![]() |
* NAJIB Tun Razak bersama rakan sejawatnya, Xanana Gusmao menyaksikan MoU sektor koperasi yang diwakili oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek (duduk, kanan ) bersama Menteri Perdagangan, Industri dan Alam Sekitar Timor Leste, H.E. Antonio Da Concei Cao (duduk, kiri) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penerimaan Timor Leste sebagai anggota terbaharu dalam pertubuhan serantau itu bagaimanapun bergantung kepada keputusan bersama negara-negara anggota yang lain.
"Malaysia pada masa yang sama menghargai Timor Leste kerana menyokong kita sebagai ahli tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Timor Leste, Xanana Gusmao di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Walaupun Gusmao pernah melawat Malaysia secara peribadi sebanyak tiga kali sebelum ini, namun kunjungan kali ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau sebagai Perdana Menteri Timor Leste.
Timor Leste yang mencapai kemerdekaan penuh dari Portugal dan Indonesia pada 2002 telah menyerahkan permohonan untuk menjadi anggota ASEAN pada 2011 dengan sokongan daripada Indonesia.
Negara tertentu seperti Singapura bagaimanapun tidak merestui penyertaan Timor Leste dalam ASEAN manakala beberapa pihak berpendapat Dili belum memenuhi syarat menyertai pertubuhan serantau tersebut termasuk tidak mempunyai pejabat perwakilan di kesemua 10 negara anggota.
Dalam pada itu, Najib menggambarkan pertemuan dengan Gusmao pada hari ini sebagai berhasil di mana beliau turut menyuarakan minat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Petronas untuk meneroka peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan Timor Leste.
"Dalam sektor tenaga, Timor Leste akan menjemput pembida baharu pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Petronas akan melihat potensi dalam aspek cari gali dan pembangunan sektor gas dan minyak di situ.
"Kita juga berbincang tentang usaha membangun semula Lapangan Terbang Antarabangsa Presidente Nicolau Lobato di Dili di mana MAHB akan melihat kemungkinan untuk terlibat dalam projek ini," katanya.
Perdana Menteri berkata, walaupun nilai perdagangan Kuala Lumpur dengan Dili adalah kecil iaitu AS$21.2 juta (RM69.14 juta) pada 2013 tetapi ia telah mencatatkan lonjakan berganda berbanding AS$10 juta (RM32.68 juta) pada tahun sebelumnya.
"Kadar pertumbuhan ini menunjukkan terdapat potensi besar untuk tingkatkan tahap perdagangan antara dua negara," katanya.
Najib berkata, Malaysia merupakan rakan Timor Leste walaupun sebelum ia mencapai kemerdekaan dan banyak askar dan polis Malaysia terlibat dalam proses damai di negara itu di bawah panji PBB.
"Malaysia menyumbang kepada kestabilan dan keamanan di negara ini. Pada masa depan pula, kita mahu menjadi rakan untuk menjana pembangunan dan kekayaan di Timor Leste," katanya
Tambahnya, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai kursus di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan Program Kerjasama Pertahanan Malaysia yang boleh dimanfaatkan Dili.- UTUSAN
No comments:
Post a Comment