Lebih separuh dari 875 lokasi sampah haram beroperasi semula
PUTRAJAYA, SELASA, 01 April, 2014: Lebih separuh daripada 875 tempat pembuangan sampah haram yang telah dibersihkan di enam buah negeri, dikesan beroperasi semula, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Datuk Ab Rahim Md Noor.
Beliau berkata, kesemua lokasi sampah haram yang dikenal pasti di Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Pahang sehingga 26 Mac lepas itu telah dibersihkan melibatkan 7,317 tan sampah namun daripada jumlah itu 460 lokasi atau 53 peratus didapati beroperasi semula.
Bagaimanapun, 415 atau 47 peratus lokasi telah didapati putih dan tidak berulang melalui operasi besar-besaran yang dijalankan bagi membanteras dan melupuskan lokasi sampah haram," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang PPSPPA di sini hari ini. -BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140401/dn_50/Lebih-separuh--dari-875-lokasi-sampah-haram-beroperasi-semula#ixzz2xd9dGbOt
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment