My Add

Monday, 28 April 2014

Obama akhiri lawatan bersejarah ke Malaysia

SUBANG, ISNIN, 28 April, 2014: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengakhiri lawatan selama tiga hari di Malaysia hari ini, lawatan bersejarah dalam tempoh 50 tahun selepas lawatan oleh Presiden Lyndon B. Johnson.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama itu berlepas pada kira-kira 10.20 pagi dari Pangkalan Udara Subang yang terletak di pinggir Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

Antara yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Obama ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Destinasi seterusnya beliau ialah Filipina, hentian terakhir dalam siri lawatan beliau ke empat negara Asia. Sebelum Malaysia, beliau melawat Jepun dan Korea Selatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment