![]() |
* KAMARUZAMAN Mohamad menerima Hadiah Kajai 2000 daripada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Kuala Lumpur. |
Menurut isterinya, Rosmazlin Sulong, 53, Kamaruzaman, 53, menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga pada pukul 5.32 pagi ini.
Katanya, suaminya mula tenat pada tengah malam semalam sebelum tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital.
"Pada pukul 1 pagi, suami mengejutkan saya memberitahu dia terasa mahu muntah, namun ketika mengangkatnya, dia tidak menunjukkan sebarang tindak balas.
"Sehubungan itu, saya meminta anak-anak untuk membawanya ke hospital," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.
Jelas Rosmazlin, suaminya tidak sedarkan diri sehingga tiba di hospital dan diberitahu oleh doktor bahawa jantungnya terhenti.
Bagaimanapun, keadaan Kamaruzaman kembali stabil selepas diberi rawatan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) sebelum disahkan meninggal dunia.
Kamaruzaman meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan.
Kejayaan menembusi ke kubu Abu Sayyaf di selatan Filipina membuatkan beliau dipilih sebagai pemenang Hadiah Kajai iaitu anugerah tertinggi dunia kewartawanan tanah air pada 2000.
Kamaruzaman menerima anugerah itu menerusi rencana bertajuk Penculikan di Pulau Sipadan, Sabah yang mengisahkan mengenai peristiwa penculikan di pulau peranginan itu pada 23 April 2000. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment