My Add

Sunday, 27 April 2014

Penyelia dicekup cuba beri rasuah

SIBU, SABTU, 26 April, 2014: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penyelia di sebuah lokasi pembalakan haram, selepas cuba memberi rasuah RM10,000 kepada pegawai penguat kuasa itu, agar tidak mengambil tindakan di kawasan Lok Pond, Pala Kanowit, di sini semalam.

Suspek berusia 63 tahun itu memberi wang suapan terbabit kerana menyangka sekumpulan pegawai SPRM yang membuat pemeriksaan di situ merupakan kakitangan dari Jabatan Perhutanan.

Sumber berkata, pihak SPRM menjalankan siasatan dan pemeriksaan di kawasan tersebut selepas menerima laporan daripada orang awam berlaku kegiatan mengambil kayu balak secara haram di situ.

"Hasil pemeriksaan mendapati ada aktiviti pembalakan haram di kawasan hutan berkenaan.

"Semasa pegawai SPRM tiba, kumpulan pembalak berkenaan sedang mengangkut kira-kira 300 batang kayu tanpa cukai dipercayai untuk dijual ke kilang," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment