My Add

Wednesday, 2 April 2014

Perak akan bina lima lagi Sekolah Menengah Tahfiz Daerah

IPOH, RABU, 02 April, 2014: Kerajaan negeri Perak akan mewujudkan lima lagi Sekolah Menengah Tahfiz Daerah (SMTD) untuk memenuhi tuntutan agama dan melaksanakan janji kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Mohd Nizar Zakaria berkata SMTD akan dibina di daerah Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak serta sebuah bagi Larut Matang dan Selama.

"Setakat ini sebanyak lima SMTD telah beroperasi di Manjung, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kerian dan Lenggong," katanya menjawab soalan (BN-Lintang) Datuk Mohd Zolkafly Harun pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment