My Add

Wednesday, 2 April 2014

PM lancar ASB2 dana 10 bilion unit

KUALA LUMPUR, RABU, 02 April, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan dana Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) yang diuruskan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan saiz dana 10 bilion unit.

ASB2 yang merupakan dana berharga tetap RM1 seunit dibuka kepada bumiputera berumur seawal enam bulan.

Menurut Perdana Menteri, ASB2 merupakan sebahagian daripada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang menyasarkan penyertaan daripada golongan muda.

"Saya juga ingin memaklum insentif kepada pemegang unit ASB2 bermula hari ini sehingga 31 Disember 2014, sebanyak 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit," katanya dalam majlis pelancaran di Stadium Merdeka di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment