My Add

Tuesday, 1 April 2014

SAR kejar masa cari kotak hitam MH370

PERTH, SELASA, 01 April, 2014: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang berusaha untuk mengesan perakamkotak hitam milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebelum kuasa baterinya habis, yang mana Malaysia mengesahkan mempunyai perbualan terakhir dari kokpit pesawat itu.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370, malah ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya kepada sebuah siaran radio tempatan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment