My Add

Monday, 28 April 2014

Sekatan antarabangsa terbaharu ke atas Rusia

KUALA LUMPUR, AHAD, 27 April, 2014: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini berkata, sekatan terbaharu antarabangsa sedia dikuatkuasakan ke atas Rusia sebagai mesej kepada Moscow supaya menghentikan 'tindakan provokasi' di timur Ukraine.

Dalam satu sidang akhbar semasa mengadakan lawatan ke Malaysia, Obama berkata, AS dan negara Eropah perlu bersatu untuk melaksanakan sekatan ke atas Rusia bagi memastikan kestabilan di Ukraine pulih semula selepas kumpulan pemisah pro-Kremlin menawan lapan anggota pemantau antarabangsa.

Jelasnya, sebarang sekatan yang dikuatkuasakan ke atas ekonomi Rusia perlu bergantung kepada persetujuan AS dan sekutunya.

Tambah beliau, bukti kukuh menunjukkan Rusia menjalankan aktiviti (ketenteraan) di timur dan selatan Ukraine.

"Kita (AS dan Eropah) akan berada pada kedudukan yang kuat untuk Presiden Vladimir Putin apabila beliau melihat dunia bersatu, sekali gus menunjukkan konflik yang tercetus bukan antara AS-Rusia sahaja.

"Selagi Rusia terus melakukan tindakan provokasi berbanding mengambil langkah menyelesaikan dan meredakan krisis di sana secara aman, lebih banyak tindakan akan diambil ke atas Moscow," katanya.

Washington dan Brussels dijangka menyenaraikan beberapa nama individu dan syarikat yang rapat dengan Putin, tetapi tiada keputusan dibuat untuk melaksanakan sekatan ke atas ekonomi Rusia.

Banyak negara Eropah bimbang terhadap sebarang sekatan tegas ke atas Moscow boleh menjejaskan hubungan perniagaan dan import gas asli dari Rusia. - AFP/REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment