My Add

Wednesday, 2 April 2014

Syabas boleh namakan CIMB sebagai plaintif dalam kes saman

PUTRAJAYA, RABU, 02 April, 2014: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) boleh memasukkan CIMB Investment Bank Berhad sebagai pihak dalam kes saman syarikat itu terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung pelarasan tarif air.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Varghese George Varughese memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Syabas secara sebulat suara dengan kos RM10,000.

Dengan keputusan tersebut, CIMB boleh dinamakan sebagai plaintif kedua dalam writ saman bagi menuntut kerajaan pimpinan pembangkang itu membayar tunggakan pampasan RM1.05 bilion berikutan pelarasan tarif air. - UTUSAN ONLINE. 

No comments:

Post a Comment