![]() |
**KAPAL selam British, HMS Tireless berlabuh di selatan perairan Sepanyol. Kapal selam nuklear tersebut menyertai operasi mencari MH370 di Lautan Hindi. - Foto EPA |
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata maklumat ini disahkan oleh rakan sejawatnya Philip Hammond dalam satu perbualan telefon pagi Selasa. Hawaii adalah 18 jam lewat di belakang Malaysia.
"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370," katanya kepada Bernama di sini.
Hishammuddin tiba di sini Isnin untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean atas inisiatif Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel.
Pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapal itu yang dalam penerbangan ke Beijing hilang secara misteri pada 8 Mac lepas ketika merentasi Laut China Selatan, selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment