My Add

Wednesday, 2 April 2014

Zuckerberg raih AS$3.3b melalui saham pilihan

SAN FRANCISCO, SELASA, 01 April, 2014: Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg meraih keuntungan sebanyak AS$3.3 bilion (RM10.89 bilion) tahun lalu setelah menjalankan saham pilihan dalam syarikat rangkaian sosial tersebut yang diasaskan dalam bilik asramanya di Universiti Harvard.

Facebook Inc., mengumumkan durian runtuh itu dalam dokumen peraturan yang difailkan semalam. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut kepada Zuckerberg yang mendapat keuntungan besar daripada saham pilihan.

Pada 2012, beliau memperoleh AS$2.3 bilion (RM7.59 bilion) melalui penjualan saham pilihan.

Dokumen terbabit juga menunjukkan bahawa Zuckerberg tidak mempunyai lagi baki saham pilihan selepas menjalankan saham pilihan sebanyak 60 juta harga AS$0.6 (RM1.98) sesaham tahun lalu.

Beliau kemudian menjual 41.35 juta saham pada AS$55.05 (RM181.66) sesaham pada Disember bagi membayar cukai.

Zuckerberg kini masih memilik 426.3 juta saham dalam Facebook yang ketika ini bernilai AS$25.7 bilion (RM84.81 bilion).

Facebook membayar gaji Zuckerberg sebanyak AS$1 (RM3.3) pada tahun lalu. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment