My Add

Friday, 2 September 2011

Lagi laporan polis terhadap Mat Sabu

DARI Pekan, Utusan Malaysia melaporkan dua lagi laporan polis dibuat terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bagi membantah kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu sebagai hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Menurut Bernama, laporan polis itu dilakukan anggota UMNO Bahagian Pekan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ishak Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.

Satu lagi laporan dibuat UMNO Bahagian Kuala Krau yang diketuai Ketua UMNO Bahagian, Ismail Mohamed Said di Balai Polis Kuala Krau.

Sebelum itu, kira-kira 200 anggota UMNO bahagian Pekan dan NGO mengadakan perhimpunan di Bangunan UMNO di sini bagi membantah kenyataan Mohamad Sabu itu.

Ishak berkata, kenyataan Mat Sabu hanya untuk kepentingan diri sendiri yang bertujuan meraih populariti.

Di Kuala Krau pula, kira-kira 160 anggota UMNO bahagian yang diketuai Ismail turut berhimpun bagi tujuan sama sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Krau.

Ismail berkata, Mat Sabu tidak layak menjadi seorang pemimpin dan disanjung kerana cetek sejarah dan sanggup memperlekehkan anggota keselamatan

DiJASIN: Tiga bekas pegawai kanan tentera sekitar tahun 50-an menganggap kenyataan Mat Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong, baru-baru ini sebagai biadap dan keterlaluan selain menjatuhkan imej dan pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan negara.

Ketiga-tiga mereka, Sarjan Mejar (B K Wong Fok Lim, 76; Sarjan (B) Ho Kim Sam, 75 dan Staf Sarjan (B) Soon Poh Lee, 78 yang juga bekas jurulatih angkatan tentera di beberapa kem seluruh negara, turut mengecam Timbalan Presiden PAS itu kerana menjulang komunis sebagai wira dalam tragedi berkenaan.

Sambil menggelar Mat Sabu sebagai pengkhianat negara dan buta sejarah, Fok Lim berkata, kenyataan berkenaan sangat melampau serta mengguris hati anggota tentera dan keluarga yang selama ini berkorban jiwa raga bagi mempertahankan tanah air daripada dikuasai musuh.

"Saya sedih kerana ada manusia seperti Mat Sabu diangkat sebagai pemimpin oleh segelintir rakyat sedangkan dalam hati beliau terdapat niat yang sangat jahat untuk mencetuskan huru-hara dalam negara.

"Sebagai bekas tentera yang pernah beberapa kali diserang komunis ketika bertugas sekitar tahun 50-an, kami menganggap Mat Sabu sebagai penderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta wajar diambil tindakan tegas oleh kerajaan," katanya selepas di malis rumah terbuka Ahli Parlimen Jasin yang juga bekas Yang Dipertua Persatuan Bekas Anggota Tentera negeri, Kapten (B Ahmad Hamzah di Umbai.















No comments:

Post a Comment