My Add

Thursday 8 September 2011

MAIS sahkan Khalid Samad tiada tauliah ceramah agama

APA nak dikata lagi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telahi mengesahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak mempunyai tauliah mengajar ataupun memberi ceramah agama di masjid dan surau seluruh negeri Selangor.

Menurut Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil Khalid untuk memberi keterangan terhadap siasatan berhubung aduan bahawa beliau memberi ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang bulan lepas adalah sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, Khalid Samad tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Selangor ekoran ketiadaan tauliah daripada MAIS,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Adzib menjelaskan, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 23 Jun lepas yang menolak rayuan Khalid berhubung penarikan tauliah beliau dibuat selaras dengan perkenan Sultan Selangor untuk tidak memberikan tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik di masjid dan surau di Selangor.

Beliau mengingatkan nazir masjid dan pengerusi surau di Selangor agar tidak menjemput mana-mana ahli politik untuk memberikan ceramah, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali yang mempunyai tauliah MAIS yang masih berkuat kuasa.

No comments:

Post a Comment