My Add

Tuesday 6 September 2011

Ibrahim Ali anggap Pas syok sendiri

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), anggap Pas kini bukan sahaja diterajui oleh pemimpin yang cakap tidak serupa bikin malah ternyata semakin ‘syok sendiri’ apabila terbuktimengutamakan kepentingan diri lebih daripada segala-galanya.

Sambil merujuk kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Azizan Abdul Razak, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali berkata, kedua-kedua pemimpin Pas itu ternyata terlalu sayangkan jawatan Menteri Besar mereka sekarang.

“Terbukti kepentingan peribadi pemimpin Pas kini lebih daripada segala-galanya. Mulut cakap lain, hati lain. Kita lihat Azizan dakwa beliau sihat dan tidak perlu letak jawatan. Anehnya Menteri Besar Kedah ini jadi doktor pada dirinya sendiri. Begitu sayangnya beliau pada jawatan itu.

“Begitu juga dengan Menteri Besar Kelantan (Nik Abdul Aziz) yang keluar masuk hospital. Sudah lebih 21 tahun jadi Menteri Besar, masih juga mahu kekal dan akan bertanding lagi, ikut kata Husam (Datuk Husam Musa).

“Pendek kata bila dapat jawatan susah mahu lepas, sebesar mana serban sekali pun. Inilah sikap pemimpin yang cakap tidak serupa bikin. Tidak hairanlah ayat-ayat suci al-Quran jadi modal dan umpan mereka,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia,, Mohamad Shofi Mat Isa.

Beliau mengulas mengenai keengganan dua Menteri Besar Pas dari Kelantan dan Kedah yang sehingga kini enggan melepaskan jawatan mereka walaupun semakin kerap dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, ternyata Nik Abdul Aziz dan Azizan setanding dengan bekas-bekas Presiden negara luar seperti Mesir, Tunisia dan Yemen.

“Kalau macam Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi boleh tahan sebab ada perjuangan lawan kuasa besar, tetapi dua orang Menteri Besar ini sayangkan pangkat dan gaji lebih daripada kepentingan rakyat dan negeri.


“MCA pun sudah tetap, setakat lapan tahun sahaja. Pas tidak ada had, tidak kisah sama ada tua, sakit, otak sudah tidak mampu berfungsi masih lagi mahu berpolitik dan mempertahankan jawatan disandang.

“Warna-warni politik Pas kini semakin terserlah, rakyat ketawa dan mereka (pemimpin Pas) semakin syok sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment