My Add

Monday 2 April 2012

100 rakyat kita terkandas di Hatyai

KACA bertaburan akibat letupan di hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai.

HATYAI, AHAD, 01 April, 2012:: Lebih 100 rakyat Malaysia terkandas di pekan pelancongan ini berikutan barangan peribadi yang masih berada di Hotel Plaza Lee Garden, yang menjadi sasaran bom kelmarin, selain kenderaan mereka ‘ditahan’ pihak berkuasa Thailand.

Wartawan Berita Harian, Adha Ghazali difahamkan selain barangan berharga termasuk dokumen ditinggalkan di bilik hotel, ratusan kenderaan di tempat letak kereta aras bawah premis 33 tingkat itu turut ditahan pihak berkuasa atas alasan keselamatan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pelanggan termasuk rakyat Malaysia terpaksa terus berada di negara ini, yang dianggap menyukarkan terutama apabila kebanyakan mereka terpaksa kembali bekerja hari ini.

Sebaik pulang pada sebelah petang, kami dihalang daripada memasuki kawasan terbabit sehingga terpaksa berpindah ke hotel lain. Namun, barangan kami masih di sana. Justeru, saya harap pihak berkuasa Thailand dapat berbuat sesuatu untuk mengelak kami terutama rakyat Malaysia daripada terus menunggu. - Mustakim Omar, Usahawan dari Shah Alam

Pihak berkuasa Thai ketika ditemui berkata selain khuatir dengan struktur bangunan yang mungkin sudah terjejas akibat letupan, tindakan tidak membenarkan orang awam memasuki bangunan turut dibuat atas faktor keselamatan terutama bimbang berlaku letupan kali kedua.

“Kalau boleh kita mahu benarkan semua orang masuk ke hotel dan ambil barang masing-masing yang ditinggalkan ketika letupan.

“Kita sedar ratusan kenderaan ditinggalkan di ruang letak kereta bawah hotel, namun kita tidak dapat benarkan mereka masuk atas alasan keselamatan,” katanya.

Seorang usahawan dari Shah Alam, Mustakim Omar, 55, ketika ditemui berkata pelbagai barangan peribadi miliknya dan keluarga gagal dituntut, walaupun selepas lebih 24 jam letupan berlaku. 

“Saya menginap di tingkat 27 hotel terbabit dan ketika letupan, kami sekeluarga tiada di hotel kerana keluar atas urusan kerja.

“Sebaik pulang pada sebelah petang, kami dihalang daripada memasuki kawasan terbabit sehingga terpaksa berpindah ke hotel lain. Namun, barangan kami masih di sana.

“Justeru, saya harap pihak berkuasa Thailand dapat berbuat sesuatu untuk mengelak kami terutama rakyat Malaysia daripada terus menunggu.

“Saya adalah antara lebih 100 rakyat Malaysia yang menunggu di hadapan hotel bermula jam 8 pagi untuk menuntut barangan peribadi yang ditinggalkan,” katanya.

Namun, sehingga jam 3 petang semalam, majoriti mereka masih hampa menyebabkan ramai terpaksa terus bermalam di pekan ini kerana bukan saja dokumen peribadi seperti pasport yang ditinggalkan di hotel, malah kenderaan milik mereka juga turut terkandas.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Songkhla ketika dihubungi, berkata pihaknya akan berusaha mempermudahkan urusan terbabit.

Bukan serangan pemisah?

CHOO Kok Boon, 46, dari Kuala Lumpur menceritakan detik-detik cemas kepada wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia mengenai letupan bom yang dialaminya ketika ditemui di Hospital Rajyindee, Hatyai, Thailand, semalam. Isterinya, Somkhid Lauyut, 37, (gambar kiri) yang merupakan warga Thailand turut cedera dalam kejadian itu. – UTUSAN/KAMAL BASIR

Menurut laporan Utusan Malaysia, polis Thailand percaya kejadian letupan di kompleks beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza di sini yang mengorbankans empat orang termasuk seorang rakyat Malaysia semalam, adalah angkara pengganas.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Priewpan Damaphong berkata, siasatan awal menunjukkan penjenayah dikatakan memasang bom pada sebuah kereta dan meletakkan di tingkat bawah kompleks terbabit sebelum meletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.


Cerita detik cemas mangsa letupan 

"Kejadian berlaku begitu pantas sehingga saya dan isteri tidak sempat melarikan diri. Bunyi letupan sangat kuat diiringi serpihan kaca berterbangan mengenai kami."

Itu cerita mangsa letupan bom di Hotel Lee Gardens Plaza di sini, Choo Kok Boon, 46, dalam nada tersekat-sekat ketika cuba mengingati detik cemas itu.

Menurut peniaga alat ganti kenderaan itu, pada mulanya dia dan isteri warga Thailand,Somkhid Lauyut, 37, berjalan menuju ke kenderaan mereka yang diletakkan di bahu jalan berdekatan.

Katanya, ketika melalui jalan itu, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana keadaan tenang, malah kenderaan di jalan raya juga tidak sibuk ekoran waktu makan tengah hari.

Namun, katanya, satu letupan kuat tiba-tiba menggegarkan kawasan sekitar.

"Muka saya berlumuran darah terkena kaca. Saya juga lihat isteri tersembam dan terpaksa merangkak di bahu jalan. Saya juga sempat lihat orang ramai menjerit dan keadaan masa itu agak kelam-kabut kerana ada yang menangis," katanya ketika ditemui pemberita Malaysia di Hospital Rajyindee di sini hari ini.

Umpama ledakan ketika perang

Di YALA: Umpama ledakan ketika perang. Itu gambaran yang diberikan oleh beberapa saksi letupan bom di Jongrak Road di sini.

Di YALA, menurut beberapa saksi yang ditemui Utusan Malaysia, dua bom diletakkan pada dua kereta dan letupan itu menyebabkan kenderaan terbabit melambung tinggi serta terpelanting jauh daripada kedudukan asalnya.

Seorang saksi, Nik Li Ismail, 35, berkata, kebanyakan mangsa terperangkap kerana letupan bom terbabit berlaku di permulaan dan penghujung jalan tersebut dalam tempoh 10 minit.

"Letupan pertama berlaku di hujung jalan ini, semua berlari keluar untuk melihat dan ketika itu ada beberapa orang menjerit mengatakan masih ada bom di sana dan semua berlari ke arah permulaan jalan ini.

"Pada masa itu, ramai yang berada di permulaan jalan ini dan secara tiba-tiba satu lagi letupan yang lebih kuat berlaku sehingga menyebabkan kereta terbabit terpelanting ke dalam sebuah kedai.

Letupan di Hatyai berpunca daripada bom kereta

SEORANG rakyat Malaysia disahkan terbunuh dan 10 lagi mengalami kesan lecur dalam kejadian letupan bom kereta di sebuah hotel di Hatyai, selatan Thailand semalam, menurut Konsul General Malaysia di Songkhla Mohd Aini Atan.

Beliau berkata, mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Law Phin Hock, 46, berasal dari Kulim, Kedah.

Mohd Aini, ketika dihubungi berkata, 10 rakyat Malaysia yang cedera itu - tiga lelaki dan tujuh wanita - kini dirawat di tiga buah hospital.

"Empat mangsa (dua lelaki, dua perempuan) kini dirawat di hospital Songkhla dan tiga lagi kesemuanya perempuan di Hospital Sikarin manakala di Hospital Rajyindee (seorang lelaki dan dua perempuan). Mangsa yang cedera kini berada di dalam keadaan stabil," katanya.

Kejadian letupan itu yang pada awalnya dipercayai berpunca daripada kebocoran gas telah disahkan sebagai letupan bom kereta oleh Ketua Polis Thailand, Jen. Priewpan Damapong dalam kenyataannya yang disiarkan televisyen hari ini.

Dalang masih jadi tanda tanya


PASUKAN penyelamat Thai membawa keluarmayat dari Hotel Lee Gardens Plaza selepas kejadian letupan dipercayai akibat serangan bom di Hatyai, kelmarin.

WALAUPUN pihak berkuasa Thailand menyatakan puak pemisah bertanggungjawab dalam siri serangan bom di Yala dan Hatyai semalam yang menyaksikan 14 orang terbunuh dan lebih 500 cedera, namun siapa sebenarnya yang menjadi dalang serangan berkenaan masih menjadi tanda tanya.

Ini berikutan tiada mana-mana kumpulan puak pemisah yang membuat kenyataan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan yang dianggap terburuk itu.

Beberapa pihak di Thailand ketika dihubungi Utusan Malaysia menyatakan, setakat ini mereka tidak pasti siapa sebenar terlibat dalam serangan terancang itu.

“Terdapat pelbagai spekulasi berhubung perkara ini, ia termasuklah kemungkinan penglibatan kumpulan pengedar dadah dan agensi tertentu dalam serangan ini,” kata satu sumber keselamatan ketika dihubungi di Hatyai. - UTUSAN MALAYSIA/ BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment