My Add

Monday, 2 April 2012

Pekerja restoran Malaysia dilaporkan hilang di Hatyai

KANGAR, AHAD, 01 April, 2012: Seorang pekerja restoran dari Kuala Kedah dilaporkan hilang dalam kejadian letupan bom di bangunan Hotel Lee Gardens Plaza di bandar Hatyai semalam, yang mengorbankan 10 mangsa termasuk seorang rakyat Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata Tan Peng Chan, 39, gagal ditemui selepas kejadian pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu dan keluarga mangsa memaklumkan tentang kehilangan itu hari ini.

Katanya keluarga mangsa akan melakukan pengecaman satu mayat di Hospital Songkhla Nagarind esok.

Setakat ini, seorang rakyat Malaysia, Low Thian Hock, 46, dari Kulim, Kedah, terbunuh dan 27 lagi rakyat Malaysia cedera termasuk 11 mengalami kesan terbakar yang serius antara 30 hingga 50 peratus.

Mohd Aini berkata mayat Low akan dihantar pulang esok.

Katanya dua pelancong wanita, K. Sagunthala, 34 dan Mini Ng, 35, dibenarkan pulang hari ini selepas mendapat rawatan di Hospital Rajyindee.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment