My Add

Thursday 5 April 2012

153 rumah rosak akan dipulih

ABDUL Azeez Abdul Rahim bersama Abu Bakar Sudin melawat sebuah rumah yang rosak teruk akibat dilanda ribut di Kampung Telok Sera Ulu Baling, Kedah, semalam.

BALING, RABU, O4 April, 2012: Sebanyak 153 buah rumah dalam 15 buah kampung di daerah ini yang terjejas teruk akibat dilanda ribut Ahad lalu dijangka dapat dipulihkan kesemuanya sehingga Sabtu ini.

Usaha itu akan dilakukan menerusi kerjasama Yayasan Pembangunan Rakyat Baling (YPRB), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi YPRB, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ketiga-tiga agensi itu berganding bahu menghulurkan bantuan untuk pemulihan semula rumah-rumah yang rosak.

Menurutnya, ribut kali ketiga yang berlaku tahun ini itu adalah antara yang terburuk selepas kejadian sama berlaku di Kuala Ketil, Parit Panjang pada awal Januari lalu. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment