My Add

Thursday 5 April 2012

852 stesen minyak diperiksa, 10 ubah suai pam dispenser

SEPANG, RABU, 04 April, 2012: - Sebanyak 10 stesen minyak yang dikesan mengubahsuai pam dispenser sehingga mengakibatkan pengguna menanggung kerugian telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemeriksaan ke atas 852 stesen minyak di seluruh negara menerusi Operasi Pam Minyak telah dibuat dari 20 Januari hingga 10 Februari lalu.

Katanya, sebanyak 10 stesen minyak tersebut telah dikenakan tindakan mengikut Seksyen 17 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya sekali tanpa sebarang kompaun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment