My Add

Friday 6 April 2012

21 wanita warga asing diselamatkan Jabatan Imigresen

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

TAWAU, JUMAAT, 06 April, 2012: Jabatan Imigresen negeri berjaya menyelamatkan 21 wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan manusia menerusi Ops Sayang ke atas beberapa buah rumah tumpangan, di sini baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata, kesemua mereka yang diselamatkan pada Selasa lalu berusia antara 20 hingga 30 tahun dan 10 daripadanya merupakan warga Indonesia.

Beliau berkata, semua wanita itu dipercayai diseludup masuk dari negara mereka menerusi pelabuhan Tawau, sebelum dikurung di beberapa rumah tumpangan di sini. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment