My Add

Friday 6 April 2012

Projek Vale tarik pelaburan tambahan RM172 bilion

IPOH, JUMAAT, 06 April, 2012{ Pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut boleh menarik pelaburan tambahan aktiviti industri berkaitan sehingga RM172 bilion iaitu 20 kali ganda daripada jumlah pelaburan asal Vale.

Pengerusi Jawatankuasa Industri Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, projek itu mencetuskan peluang pelaburan dan perniagaan baru berkaitan besi waja melalui pembangunan hab serantau itu.

"Ketika ini sudah ada beberapa syarikat gergasi luar berkaitan pembuatan keluli yang merupakan pelanggan Vale telah mula datang meninjau bagi membangunkan kilang mereka di situ,” katanya ketika menjawab soalan Sum Cheok Leng (DAP-Bercham) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Hamidah berkata, dakwaan yang mengatakan Perak merupakan pilihan terakhir oleh Vale bagi projek itu adalah tidak tepat kerana syarikat itu memutuskan untuk melabur di Malaysia yang mana tiga negeri dipilih sebagai lokasi iaitu Selangor, Melaka dan Perak.

Selain itu, beliau berkata, tidak timbul isu penurunan pelaburan di Perak kerana negeri ini mencatatkan peningkatan daripada RM3.04 bilion pada 2010 kepada RM9.94 bilion 2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment