KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April 2012 : Tiga rakan hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merompak dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang peniaga kedai bunga, tiga tahun lalu.
Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua penganggur, Muhammad Adzreen Zainal Din, 23, dan Kamarulazwan Rosman, 22, serta penghantar surat Muhammad Hafiz Mohd Zaki, 21, di akhir kes pendakwaan.
Muhammad Adzreen dan Kamarulazwan, kedua-duanya dari Cheras, dan Muhammad Hafiz, dari Puchong, Selangor, didakwa merompak rantai emas milik Hsieh Tsai Yuen, 52, dan sengaja menyebabkan kecederaan pada bahu dan lengan kedua-dua belah tangan mangsa di hadapan Kelab I-Box berhampiran pasar raya Econsave Taman Connought, Cheras di sini pada jam 2.45 pagi, 23 Mac 2009.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din manakala Muhammad Adzreen diwakili peguam Mohamed Fadly Zakariya.
Peguam Abdul Nasir Abdul Aziz, yang mewakili Muhammad Hafiz dan Kamarulazwan, tidak hadir pada prosiding hari ini.
Mahkamah menetapkan Isnin ini untuk perbicaraan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment