My Add

Friday, 6 April 2012

Lebih RM211 juta diperuntuk martabat agenda Islam

PUTRAJAYA, JUMAAT, 06 April, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM211,658,600 untuk memastikan agenda Islam terus diperkasakan dan dimartabatkan.

Peruntukan tersebut merangkumi RM157 juta untuk pembinaan masjid, surau bagi solat Jumaat dan sekolah rendah agama yang baru bagi memenuhi keperluan seluruh masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

Kata Perdana Menteri, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk penambahbaikan surau, lebih RM19 juta untuk golongan asnaf mualaf dan membina kompleks Darul Hidayah.

Lebih RM5 juta pula untuk menambah baik tanah-tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan.

Najib berkata demikian pada majlis Perhimpunan Perdana Warga Agama/Qaryah Wilayah Persekutuan bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment