My Add

Sunday 22 April 2012

Alucast 1 bawa pulang RM15,000 BOTR 2012

HULU TERENGGANU, AHAD, 22 April, 2012: Ahli perniagaan dari kumpulan Alucast 1 dinobatkan juara kategori mengilat berkumpulan Boat On The Road (BOTR) 2012 Tasik Kenyir, di sini dengan membawa wang tunai berjumlah RM15,000 anjuran Berita Harian.

Azuan Man,47 dan Hamzah Mat Rani, 46 yang berasal dari Kuala Lumpur berjaya menaikkan ikan Siakap dan Sebarau masing-masing seberat 10.650 kilogram (kg) dan 0.550 kg yang berakhir jam 11 pagi tadi. 

BOTR 2012 yang bermula dengan konvoi pada pagi Jumaat lalu menyaksikan peserta berkonvoi dari Sri Pentas TV3 sebelum dilepaskan ke Tasik Kenyir seawal jam 7 pagi keesokan harinya.

Acara tahunan yang diadakan untuk kali ketiga itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment