My Add

Saturday, 7 April 2012

'Anwar dalangi penangkapan'

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 6 April - Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai individu yang mendalangi penangkapan dan pendakwaan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Saidin Thamby, 76, atas tuduhan menerima rasuah RM1 juta, 14 tahun lalu.

Beliau yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan disebut bertindak demikian selepas menerima aduan bertulis berhubung dakwaan Saidin menyeleweng wang RM1 juta yang disumbangkan untuk UMNO Selayang.

Aduan melalui sepucuk surat itu dibuat oleh seorang individu, Frankie Lee Kah Hoay pada 25 Mac 1998, setahun selepas cek itu diserahkan kepada bekas wakil rakyat berkenaan di rumah beliau.

Dalam surat tersebut, Saidin didakwa gagal mengeluarkan resit pembayaran walaupun RM1 juta telah diserahkan manakala tiada tanda menunjukkan pembinaan bangunan UMNO Selayang telah dimulakan.

Sementara itu penantian Saidin selama 14 tahun untuk membersihkan namanya daripada kesalahan rasuah, berbaloi apabila Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan beliau tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Ia berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Wira Mohtarudin Baki sewaktu menolak rayuan akhir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Abdul Malik ketika membacakan penghakimannya berpendapat, bukti keterangan yang berkualiti bukan sahaja tidak dikemukakan malah tidak mencukupi bagi membolehkan mahkamah mensabitkan Saidin, 76, melampaui tahap keraguan yang munasabah.

Dengan itu, ujar beliau, panel berkenaan tidak dapat mensabitkan bekas wakil rakyat tersebut bersalah menerima rasuah RM1 juta hanya berdasarkan kepada keterangan yang meragukan dan tidak mencukupi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment