My Add

Saturday 7 April 2012

Ismail ziarah keluarga Dirang

ISMAIL Omar (kanan) dan Suriati Md. Sobri (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Roselyn Alan (dua dari kiri), ibu kepada Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang di Masai, Johor Bahru, semalam. - Utusan/NASIRRUDDIN YAZID

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 06 April, 2012: Tugas polis tidak hanya tertumpu kepada melakukan siasatan atau menahan penjenayah, tetapi turut mengambil berat serta prihatin terhadap nasib orang awam.

Justeru, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pihaknya juga sering turun padang selain melawat keluarga mangsa kes jenayah sebagai tanda simpati dan prihatin terhadap nasib keluarga mangsa dan pada masa sama turut memberikan motivasi.

"Kita bukan hanya menyiasat dan tangkap penjenayah, tapi lebih daripada itu," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang di Flat Seri Delima, Masai, Pasir Gudang di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment