My Add

Saturday 21 April 2012

APMM rampas ganja di perairan Kuala Perlis

KANGAR, SABTU, 21 April, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas tiga ketulan mampat dipercayai ganja ketika melakukan rondaan di perairan Kuala Perlis dekat sini, semalam.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Utara, Kapten (Maritim) Salim Ahmad, berkata tiga ketulan mampat seberat tiga kilogram itu ditemui di dalam sebuah beg hitam kira-kira jam 8.30 pagi selepas pihaknya memeriksa sebatang kayu berpelampung yang ditemui di perairan itu.

Beliau berkata, sebelum itu bot peronda APMM yang sedang menjalankan rondaan dan penguatkuasaan maritim di perairan Kuala Perlis itu mengesan sebuah kapal di perairan sempadan yang dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pasukan APMM juga melihat ada individu yang membuang sesuatu ke dalam laut sebelum kapal itu memecut laju memasuki semula perairan Thailand.

"Hasil pemeriksaan, APMM menemui sebatang kayu panjang berpelampung seperti kayu penanda pukat. Selepas kayu itu diangkat, kami temui beg hitam yang di dalamnya mengandungi tiga ketulan daun kering mampat yang dibungkus dalam plastik lut sinar," katanya di Pangkalan APMM Kuala Perlis, hari ini.

Salim berharap orang ramai juga dapat memberi kerjasama yang berterusan kepada APMM dengan melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim di perairan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment