My Add

Thursday 26 April 2012

Badan khas jaga peneroka


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan FAIRUS KASSIM

KUALA LUMPUR,  25 April, 201: Sebuah badan khas akan ditubuhkan bagi menjaga kepentingan peneroka di seluruh negara ekoran keputusan Felda untuk tidak melibatkan Koperasi Pelaburan Felda Bhd. (KPF) dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia yang dijadual pada Mei atau Jun ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad justeru memberi jaminan bahawa semua peneroka Felda yang kini berjumlah 112,635 tetap menerima imbuhan hasil daripada penyenaraian FGVH meskipun kepentingan mereka bukan diwakili oleh pihak KPF.

Malah beliau berkata, setiap peneroka bakal memperoleh imbuhan berganda melalui pelan alternatif yang diperkenalkan oleh pihak Felda itu.

‘‘Mengapa saya katakan peneroka Felda di seluruh negara bakal mendapat imbuhan berganda? Pertama mereka akan menerima," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment