My Add

Sunday 15 April 2012

Badan korporat disaran bantu golongan miskin


DR. Mahathir Mohamad menyampaikan sumbangan komputer riba kepada seorang penerima sambil diperhatikan Mukhriz Tun Mahathir (kiri) di Langkawi, semalam.

LANGKAWI, SANTU, 14 April, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan agar badan-badan korporat termasuk institusi kewangan menggunakan sedikit hasil keuntungan yang diperoleh untuk membantu golongan miskin.

"Inilah cara kita untuk membalas budi bagi membantu rakyat untuk meringankan bebanan mereka," katanya pada sidang media selepas program Tanggungjawab Korporat SME Bank di Masjid Ar-Rahman, Kedawang, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir menyampaikan sumbangan komputer dan hamper kepada komuniti Langkawi.

Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, sehingga kini institusi kewangan itu telah menyumbang 512 buah komputer kepada komuniti di seluruh negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment