My Add

Thursday 12 April 2012

Bekas imam rendahkan maruah hakim - Mahkamah

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 12 April, 2012: Bekas imam, Hoslan Hussin wajar dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah kerana hukuman sedemikian keras dilihat berupaya mengembalikan maruah institusi kehakiman yang tercemar ekoran tindakannya membaling selipar ke arah panel hakim bersidang, Februari lalu.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berpendapat, perbuatan membaling objek seperti kasut ke arah individu apatah lagi terhadap hakim mahkamah tertinggi negara, merupakan tindakan yang jelik bertujuan merendah-rendahkan maruah seseorang.

Demikian penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan ketika memutuskan bekas imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di ibu negara itu bersalah menghina mahkamah kerana membaling selipar ke arah panel bersidang yang mendengar permohonannya bagi mendapatkan kebenaran merayu pada 22 Februari lalu.

Ia diputuskan sebulat suara oleh Hakim Zulkefli ketika bersidang bersama Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari pada 8 Mac lalu.

Penghakiman setebal 16 muka surat itu diperolehi oleh media hari ini daripada peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan pada pendengaran permohonan semakan di hadapan satu panel lain.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim bersidang menangguhkan prosiding semakan hingga Isnin depan selepas Karpal memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti penghakiman bertulis yang hanya diperoleh pada sebelah pagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment