My Add

Thursday 12 April 2012

Sistem pemantau bencana alam ASEAN dibangunkan

Oleh BORHAN ABU SAMAH

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 April, 2012: Pasukan Bantuan Kemanusiaan Bencana Alam ASEAN bekerjasama dengan pasukan antarabangsa dan disokong Amerika Syarikat sedang membangunkan Sistem Pemantau dan Bantuan Bencana Alam ASEAN.

Sekretariat ASEAN dalam kenyataannya di Jakarta hari ini berkata, sistem berkenaan membolehkan pusat bantuan yang beribu pejabat di Jakarta itu memantau secara visual, geografi dan data-data berkaitan bencana alam seperti tsunami, banjir, taufan dan bencana alam lain.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat yang menyediakan pasukan pakar antarabangsa bagi bekerjasama dengan kami.

"Sistem itu akan meningkatkan keupayaan pusat bantuan dan mempercepatkan proses membuat keputusan," kata pengarah eksekutif pusat bantuan itu, Said Faisal.

Katanya, selain Amerika Syarikat, pusat itu juga mendapat bantuan daripada Australia, Jepun, New Zealand dan Kesatuan Eropah.

Pembangunan sistem itu ekoran tawaran Presiden Barack Obama semasa mesyuarat para pemimpin ASEAN dan Amerika Syarikat di Singapura pada 2009. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment