My Add

Monday 2 April 2012

'Biaya anak Selangor dulu, baru mansuh PTPTN'

BATU PAHAT, AHAD, 01 April, 2012: Pihak pembangkang terutamanya di Selangor dicabar membiayai kos pengajian universiti anak kelahiran negeri dikuasai mereka sebelum berani berjanji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, janji itu tidak realistik dan merupakan janji kosong sebelum pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau turut mencabar pembangkang mengemukakan secara jelas dari mana sumber dan kaedah membiayai kos pengajian sekiranya PTPTN dihapuskan.

"Buktikan sekurang-kurangnya di Selangor, tak payah mohon PTPTN, sebaliknya biayai semua anak Selangor yang berjaya masuk universiti. Saya yakin, dia nak bagi RM10,000 one off pun tak sanggup.

"Selangor negeri kaya dan kebetulan Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) adalah Penasihat Ekonomi kerajaan negeri itu. Jadi kalau itu pun dia tak boleh buat, jangan janji menghapuskan PTPTN, sama seperti janji nak hapuskan tol, nak turunkan harga minyak," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment