AMPANG, AHAD, 01 April, 2012: Keadaan longkang yang kotor dan tersumbat di Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah di sini mengundang bahaya kepada penduduk kawasan sekitarnya apabila longkang tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk termasuk Aedes.
Apabila hujan, air longkang tersebut melimpah keluar dan mengakibatkan kawasan itu menjadi kotor dan berbau busuk.
Malah keadaan longkang yang sebegitu rupa juga menggalakkan pembiakan tikus di kawasan itu.
Petugas Khas kepada Ahli Parlimen Pandan, Leong Siew Kam berkata, keadaan tersebut telah berlanjutan selama dua bulan dan sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk mengatasinya.
"Walaupun aduan telah beberapa kali dibuat kepada MPAJ, ia seperti mencurah air ke daun keladi... tiada tindakan diambil. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment