My Add

Monday 2 April 2012

Bom Hatyai: Seorang lagi warga Malaysia disahkan mati

HATYAI, ISNIN, 02 April, 2012 – Seorang lagi warga Malaysia disahkan maut dalam insiden letupan bom di kompleks beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza di sini kelmarin.

Pengesahan itu menjadikan angka korban yang melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian tersebut adalah dua orang.

Mangsa, Tan Peng Chan, 39, dari Kuala Kedah sebelum ini dilaporkan hilang semasa bercuti bersama dua lagi rakannya berdekatan kompleks terbabit.

Mayat pekerja restoran itu dibawa ke Hospital Prince of Songkhla Universiti (PSU) sejak petang kelmarin tetapi tidak dapat dikenal pasti memandangkan tiada dokumen pengenalan ditemui.

Bagaimanapun, bapanya, Tan Hee Pong, 63, yang membuat pengecaman di bilik mayat hospital itu hari ini mengesahkan identiti lelaki itu ialah Peng Chan.

“Saya sudah buat pengecaman. Keadaan mayat melecur teruk tetapi saya dapat kenal dia ialah anak saya berdasarkan tatu Dewa Cina pada belakang badan dan tangan,” katanya kepada pemberita di sini.

Hee Pong yang tiba bersama seorang lagi anaknya berkata, Peng Chan dikesan keluar dari rumahnya Jumaat lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment