My Add

Monday 2 April 2012

Dasar gaji minimum diumum separuh pertama tahun ini

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Dasar gaji minimum dijangka diumumkan dalam separuh pertama tahun ini, sementara peningkatan kemahiran dan penambahbaikan tenaga kerja akan diteruskan, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

Dalam laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi 2011, Pemandu berkata, fokus telah diberikan kepada lima sektor: minyak, gas dan tenaga; pelancongan; elektrik dan elektronik; kandungan komunikasi dan infrastruktur; dan perkhidmatan perniagaan.

Selain daripada itu, program MyProCert yang bertujuan meningkatkan kemahiran warga Malaysia ke standard persijilan antarabangsa menyasar untuk melahirkan 5,000 profesional diperakui menjelang 2014. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment