My Add

Thursday 26 April 2012

Boon Chye bersikap kasar

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR 

IPOH, RABU, 25 April, 2O12: Seorang ahli Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) kesal dengan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye yang didakwa bersikap kasar dan menimbulkan kekecohan pada satu majlis jamuan dan upacara sembahyang malam kelmarin.

Loh Kok Beng, 48, mendakwa kekecohan timbul apabila Boon Chye bersama sekumpulan lelaki meminta pembesar suara di majlis itu diperlahankan kerana kononnya mengganggu majlis pelancaran kempen Bersih 3.0 yang diadakan berhampiran kawasan tersebut.

Menurutnya, majlis yang dianjurkan sebagai salah satu aktiviti tahunan PPMPP itu dikepung kira-kira 50 orang yang memakai baju Bersih 3.0, Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) dan Pas kira-kira pukul 10.30 malam.

"Mereka berkelakuan seperti kumpulan samseng dan Boon Chye dengan nada keras mengarahkan saya memperlahankan pembesar suara tetapi saya menjawab orang yang mengendalikan pembesar muzik telah keluar," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment